
|
Welcome! ![]() Amyra Izzati- 23 -student- Born to be Lawyer , on Allah wills. Biidznillah. HERE Tweets by @superawr Big thanks! Template made by : MohaAre-Qil Image support by : Google Header by : Syamim Best view : Google Mozilla Re.designer : Izyanyancinnamon Edit by : Amyra Izzati |
BE STRONG :')
Ya Allah, ujianMu silih berganti. Semakin aku menapak di jalan ini, semakin aku diuji.
Benarlah jalan ini bukan mudah dilalui. Memang adakalanya aku seakan penat tetapi aku tahu,
tidak sepatutnya aku bersikap lemah apalagi menyerah.
Ketika mencuba untuk bersabar pada saat keadaan sekeliling menuntut diri untuk marah, akan aku cuba berlawan dengan nafsu, akal waras dan iman.
NAFSU: Kau perlu marah! Dia dah melampau! Jangan sampai dia pijak kepala kau!
AKAL WARAS: Kalau nak marah, marahlah. Tak marah pun tak apa. Mana yang terbaik untuk kau, buatlah.
IMAN: Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan keimanan seseorang mukmin itu dinilai apabila dia mampu mengawal dirinya semasa marah. Tak payahlah marah.
Allah tu Maha Adil. Dia mendengar doa hamba-hambaNya yang dizalimi .
Ada hikmah semua ini terjadi . Allah nak kau jadi lebih bersabar . Sabarlah wahai hati.
Makin kau sabar , makin Allah sayang :)
Kadang kadang aku ingin berada dalam hujan . Supaya tiada seorang pun yang tahu bahawa aku sedang menangis0 Sweet gray! |