//Secret
Welcome!



Amyra Izzati- 23 -student- Born to be Lawyer , on Allah wills. Biidznillah.


HERE



Big thanks!

Template made by : MohaAre-Qil
Image support by : Google
Header by : Syamim
Best view : Google Mozilla Re.designer : Izyanyancinnamon Edit by : Amyra Izzati


NO TITLE

Photobucket



Kehadapan awak,

Saya menulis di sini kerana saya adalah perempuan yang tak mampu untuk berhadapan dengan awak. Saya menulis kerana saya ialah perempuan yang kehilangan suara jika berhadapan dengan awak. Saya menulis kerana saya tidak mampu untuk mengucapkan ‘saya cintakan awak’

Kerana ucapan ‘aku cinta padamu’ atau ‘saya cintakan awak’ itu ialah ucapan yang berat dan penuh mendalam. Dan ucapan itu ialah ucapan yang hanya wujud pengucapannya dalam dunia drama atau novel sahaja. Kerana bahasa tulisan dan bahasa pengucapan sebenarnya adalah bahasa yang berbeza.

saya menulis kerana untuk menceritakan apa yang saya rasa kepada awak.untuk menatap mata awak adalah mustahil. Dan tanpa memandang ke wajah serta mata awak, mungkin awak tak akan mempercayai segala apa yang saya perkatakan.


Saya cintakan awak. Sungguh saya mahu menemani dan ditemani awak. Dan sungguh saya mahu menjadi perempuan yang membahagiakan awak.


Awak pasti tertanya. Sejak bila. Kenapa. Mengapa. Bagaimana. Dan saya sedia maklum disebalik cinta itu punya beribu soalan yang mengiringinya. Tapi satu yang saya pasti iaitu tak pernah ada sebab disebalik sesuatu cinta. . Kerana cinta itu datang dengan ketentuan bukan pilihan atau permintaan.


Sejak bila ya. Saya pun tak pasti apa jawapannya. Tapi satu perkara yang saya pasti iaitu cinta itu boleh saja muncul tanpa kita sedari kerana Tuhan yang bertanggungjawab memberi rasa itu kedalam hati kita.


Kenapa, bagaimana dan mengapa, saya rasa tak perlu saya jawab kerana jika ada jawapan pastinya jawapan itu akan ada unsur ketidakjujuran. Kerana manusia, sifatnya inginkan pujian dan kata-kata manis. Lalu manusia yang mengagumi manusia lain akan sedaya upaya menuturkan kata-kata indah agar dapat menawan manusia yang dikaguminya. Saya tak mahu begitu. maka biarlah cinta saya kepada awak tidak bersebab.


Saya dapat tahu bahawa awak telah dimiliki. Saya tersenyum saja mendengar khabar itu. Awak, kita tak layak memilki sesiapa kerana kita hanyalah hamba. Dan kita semua adalah milik-Nya. Tapi sungguhpun awak dimiliki, saya tetap akan menunggu awak..Ramai yang kata saya bodoh. Tapi saya rasa mereka semua pengecut. Kerana bagi saya keberanian itu ialah melakukan sesuatu yang pengecut akan kata bodoh. Macam yang sedang saya lakukan. Saya tahu jodoh pertemuan ditentukan Tuhan. Tapi selagi Tuhan belum menemukan saya dengan jodoh itu, saya akan terus berdoa dan mengharap awaklah jodoh yang dikirim Tuhan untuk saya.
Saya tak layak memiliki awak. Cuma kalau diberi peluang, saya akan menemani awak. Sampai akhir hayat. Bersama mencari redha-Nya. Beriringan ke syurga. InsyaAllah.
Mengapa saya sanggup berkorban? Menutup hati untuk orang lain kerana awak? Kerana bagi saya, hadiah yang terbaik untuk diberikan kepada orang yang tersayang adalah pengorbanan. Dan bercakap tentang pengorbanan, awak mahu dengar cerita? Ada cerita berkenaan seorang sufi. Begini, suatu hari, ada seorang perempuan terkentut dengan kuat dihadapan seorang lelaki. Perempuan itu menjadi malu atas ketidaksengajaannya itu. Tahu apa lelaki itu buat? Lelaki itu berpura-pura menjadi pekak dan bisu, untuk menjaga maruah perempuan tersebut. Dan lelaki itu berpura-pura menjadi pekak dan bisu bukan hanya pada hari itu tetapi hingga perempuan itu meninggal dunia!

Ada sebuah lagi kisah dimana dua kekasih saling mencintai. Suatu hari lelaki itu kehilangan kekasihnya. Namun pada hari kekasihnya meninggal, sebelah mata lelaki itu tidak mengalirkan air mata. Lalu lelaki itu menutup sebelah matanya hingga dia meninggal dunia sebagai hukuman kerana tidak mengalir air mata!

Awak, saya tak layak bercakap soal pengorbanan jika awak hendak bandingkan saya dengan kedua-dua lelaki itu. Malah saya tak layak bercakap soal cinta pun. Namun jika saya diberi peluang, saya akan menjadi  yang lebih baik dari kedua lelaki tersebut.

Maaf kerana menulis ini. Apa pun Tuhanlah yang memberi ilham dan menggerakkan naluri

Labels:


0 Sweet gray!